Pada 4 januari 2025, VillaBusainna menyambut kedua pasangan mempelai iaitu Sarah & Wan. Di dalam dewan VillaBusainna@Nadayu63 ini, terbinalah masjid syurga mereka ini. Pelaminan berstruktur putih dan dihiasi tumbuhan hijau dan bunga berwarna pastel, ditambah lgi gubahan bunga-bunga besar menaikkan lagi seri pelamin mereka ini.
Meja pernikahan mereka juga dihiasi bunga pastel dan tumbuhan hijau, kerusi pernikahan yang dihiasi dengan kemasan kain rentang berwarna rose gold itu memaniskan lagi sesi pernikahan pasangan ini. Pernikahan mereka ini tersergam indah sambil disaksikan oleh 100 orang tetamu yang terdiri dari ahli keluarga rapat dari kedua belah pihak pasangan pengantin. Pernikahan mereka bermula dengan kemasukkan 5 para dulang dari pihak pengantin lelaki dan dibalas dengan kemasukkan 7 para dulang dari pihak pengantin perempuan. Kemunculan Wan di pintu gerbang bersama ibunda tercintanya disampingnya, menemani Wan berjalan menuju ke meja pernikahan mereka. Setelah itu, kemunculan Sarah dan ibundanya ditunggu-tunggu oleh semua tetamu. Sarah mengenakan pakaian serba putih sambil memegang jambangan bunga lily di tangannya itu sungguh ayu dan suci. Kemasukkan Sarah di majlis ini membuat Wan menitis air mata kegembiraan apabila memandang kecantikkan bakal pasangan hidupnya. Dengan sekali lafaz, Wan sah menjadi suami berakadkan oleh wali Sarah sendiri iaitu ayahandanya yang tercinta.
Tepat jam 12.30PM, kemunculan 4 orang flower girl memakai gaun berwarna putih yang sangat comel, menabur kelopak bunga ros sepanjang walkway menandakan majlis resepsi mereka bermula. Setelah kelopak bunga ros telah ditabur, pengantin mula muncul di bawah pintu gerbang pelamin. Wan kelihatan segak bergaya mengenakan pakaian sut hitam dan berkemeja putih di dalam, dikemaskan dengan tali leher kupu-kupu berwarna hitam. Dengan rambutnya disikat rapi dan senyuman lebar, memimpin tangan pasangan cintanya menhadap pelamin indah mereka. Manakala Sarah juga kelihatan sangat cantik dan anggun mengenakan busana gaun serba putih dan tudung kahwin yang juga berwarna putih. Dikemaskan dengan tiara putih dan jambangan bunga lily segar berwarna putih mencantikkan dan melengkapi penampilan ratu sehari ini. Wan menghulurkan lengannya kepada Sarah, memimpin ratu hatinya itu menuju ke pelamin idaman mereka. Kemasukkan mereka ini disambut mesra oleh para tetamunya yang meraikan hari indah pasangan ini. Setelah raja dan ratu sehari ini berisitrehat di pelamin, pengacara majlis membacakan doa untuk memohon berkat dari Tuhan yang Maha Esa. Majlis diteruskan dengan sesi salam restu daripada para bonda dan ibunda pasangan ini. Selesai sudah sesi salam restu, pengantin meneruskan majlis dengan sesi santapan diraja mereka. Dan akhir sekali, mereka ke sesi memotong kek perkahwinan, kek perkahwinan 3 tingkat yang siap digubah dengan bunga-bunga yang mengikut tema majlis perkahwinan mereka ini.
