Kriteria lain yang penting untuk pemilihan dewan perkahwinan bagi majlis anda nanti adalah dewan yang mempunyai parking yang luas, mencukupi untuk 200 ratus kereta dan ke atas. Malah kawasan parking kereta yang berbumbung sangat memudahkan untuk tetamu mengahdiri majlis tanpa kekangan cuaca panas dan hujan. Dewan Perkahwinan Villa Busainna dilengkapi dengan 4 tingkat parking dan boleh memenuhi lebih 240 kereta pada satu masa. Parking bertingkat di dewan kahwin ini juga dilengkapi dengan parking orang kurang Upaya (OKU) pada setiap tingkat. Parking bertingkat di dewan kahwin ini dilengkapi juga dengan system sekuriti yang tinggi dengan dilengkapi kamera litar tertutup dan pengurusan sekuriti yang meningkatkan tahap keselamatan para tetamu yang hadir. Bagi caj parking di dewan kahwin ini, para tetamu yang hadir akan dicaj RM2.00 pada dua jam pertama dan seterusnya RM1.00 bagi jam-jam seterusnya. Sistem permbayaran di kawasan parking Dewan Villa Busainna adalah menggunakan sistem tanpa tunai samada Visa / Kad Bank dan Touch & Go. Dewan Kahwin Villa Busainna ini juga dilengkapi system parking dan pengecaj kereta elektrik sebanyak tiga unit. Dewan kahwin kuala lumpur ini juga menyediakan dua parking khas bagi kereta pengantin dan kereta tuan rumah di kawasan drop off point secara percuma.
Kemudahan – kemudahan yang disediakan oleh pihak perancang perkahwinan Villa Busainna sangat menepati keperluan bakal pengantin. Wedding Planner Villa Busainna berusaha menyediakan dewan perkahwinan yang luas dan selesa bagi majlis yang indah dan teratur. Dewan Perkahwinan Villa Busainna adalah dewan yang bersiling tinggi dan dapat memuatkan sehingga maksimum 400 tetamu pada satu masa dengan susunan satu meja untuk sepuluh orang tetamu. Setiap meja yang disediakan adalah bersaiz 5 kaki diameter dengan dilengkapi kerusi crossback chair berwarna putih. Crossback chair putih yang disediakan ini menonjolkan konsep “Garden Wedding in the Wedding Hall”. Susunan meja di dalam dewan ini juga sangat menarik dan teratur rapi. Dewan Kahwin Melawati ini, dilengkapi juga dengan sistem penghawa dingin yang sangat baik dan sejuk, menjadikan dewan kahwin Melawati ini pilihan utama penduduk sekitar dan penduduk Kuala Lumpur. Sememangnya Dewan Pengantin yang berhawa dingin menjadi pilihan utama masa kini untuk memastikan setiap tetamu diraikan dengan baik dan selasa. Maklumlah, hari indah majlis perkahwinan bakal menjadi memori yang terindah dan paling berharga bagi setiap pengantin. Dalam erti kata lain, bagi melangsungkan majlis nikah dan majlis sanding di Dewan Perkahwinan Villa Busainna adalah menjadi idaman semua bakal pengantin.
Dewan Perkahwinan Villa Busainna ini juga dilengkapi dengan sistem audio yang baru dengan teknologi terkini. Sistem audio ini dikendali oleh audioman yang berpengalaman lama dan berkemahiran tinggi. Pilihan lagu lagu majlis pernikahan dan majlis resepsi yang banyak dan pelbagai genre menaikkan mood majlis yang indah. Disamping itu, bukan sahaja pilihan lagu, Villa Busainna juga menyediakan seleksi selawat-selawat penuntun jiwa , iringan kompang , musik gamelan dan instrumental lain-lain sebagai pelangkap.
Majlis Nikah dan majlis persandingan di Dewan Villa Busainna Melawati Kuala Lumpur ini juga dilengkapi dengan sistem pencahayaan (lighting system) yang sangat baik dan dapat memberikan impak yang besar kepada setiap dekorasi yang dihasilkan oleh Wedding Planner Villa Busainna. Tanpa sistem pencahayaan yang baik, maka tidak lengkap dan indahlah majlis pernikahan atau persandingan yang berlangsung. Antara alatan pencahayaan yag disediakan adalah stage facelight, ambient light untuk mengubah warna dewan, lampu -lampu parcan , moving head yang berkualiti untuk memancarkan design-design dari suluhan lampu kepada siling dewan. Kebiasaannya kita akan lihat, majlis pernikahan dan majlis persandingan yang gah dan mewah di hotel – hotel kan? Tapi bakal pengantin dapat menikmati perkahwinan yang indah dan mewah juga di Villa Busainna Wedding Hall pada harga yang berpatutan dan sangat berbaloi.
Dewan Kahwin Melawati ini , dilengkapi juga dengan dua TV Plasma dan boleh menayangkan gambar – gambar serta video- video pernikahan , pre wedding shoot, dan kenangan-kenangan yang ingin dikongsi oleh pengantin. Pembukaaan dewan ini akan disusuli dengan lebih banyak fasiliti lain seperti rooftop ruang santai, 360 photobooth, skrin projector dan lain-lain bagi menambahbaik dari masa ke semasa.
Dewan Perkahwinan Villa Busainna di Nadayu 63, Melawati Kuala Lumpur ini juga dilengkapi dengan kamera litar tertutup untuk memastikan keselamatan para pengunjung pada tahap optimum. Selain itu, kamera litar tertutup juga digunakan oleh team coordinator perancang majlis perkahwinan Villa Busainna untuk memberi que – que Ketika majlis dengan melihat keadaan dan keberadaan pengantin dan vendor-vendor yang terlibat.
Bagi setiap pengunjung ke dewan perkahwinan ini bagi menghadiri majlis-majlis indah, sudah tentu antara fasiliti lain yang dititikberatkan adalah kemudahan tandas yang bersih dan selesa. Kemudahan tandas yang disediakan di dewan perkahwinan ini adalah banyak dan mencukupi bagi menampung kehadiran sehingga 1000 tetamu pada satu masa. Sepuluh cubicle tandas awam disediakan bagi tandas lelaki dan tandas Perempuan. Villa Busainna juga menyediakan dan menghidupkan pewangi tandas setiap kali majlis berlangsung. Tandas yang bersih dan harum menggambarkan prestasi sesebuah dewan perkahwinan. Seiring dengan itu, Dewan Perkahwinan Villa Busainna juga menyediakan surau khas bagi tetamu-tetamu yang hadir. Surau lelaki dan surau Perempuan ini juga disediakan tempat berwuduk di dalamnya. Bukan itu sahaja, sejadah serta telekung bagi Wanita juga disediakan dan dicuci secara berkala. Inilah tindakan Dewan Villa Busainna bagi meningkatkan tahap keselesaan para tetamu majlis. Surau di Dewan Villa Busainna ini mempunyai pemandangan langit dan Bukit Tabur yang cantik serta pengunjung dapat menyaksikan aliran Sungai berdekatan. InsyaAllah pengunjung yang solat juga mendapat perasaan yang baik ketika beribadah.

Villa Busainna adalah perancang perkahwinan yang terkenal di Kuala Lumpur dengan memiliki banyak review pelanggan yang positif. Villa Busainna terdiri dari ahli coordinator yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman luas. Setiap ahli Villa Busainna dilatih menjadi perancang perkahwinan yang dapat memudahkan urusan bakal pengantin dengan menggunakan sistem “VB Wedding Checklist”. Kepakaran perancang perkahwinan Villa Busainna tidak dapat disangkal lagi dan menerima rekomendasi dari pelbagai vendor dalam industry perkahwinan. Villa Busainna terdiri dari 20 orang pekerja yang menyokong pengantin bagi memastikan majlis nikah dan majlis sanding yang lancar.
Perancang perkahwinan Villa Busainna terdiri dari pekerja-pekerja yang berusia 35 tahun kebawah , berjiwa muda dan segar. Sentiasa inginkan kelainan dan keunikan dalam hasil karya yang dihasilkan. Setiap pekerja mempunyai kepakaran tertentu dan terlatih, iaitu dua orang designer disedaikan kepada pelanggan untuk berjumpa dan melontarkan idea-idea dekorasi perkahwinan yang unik , cantik dan menepati permintaan pelanggan mengikut bajet parkahwinan itu. Seterusnya empat orang pengubah bunga tetap sentiasa memastikan pemilihan dan penyusunan warna bunga -bungaan adalah tepat. Bukan itu sahaja, Villa Busainna mempunyai pembuat prop kayu sendiri bagi menghasilkan struktur pelamin. Ini juga sangat penting dan memerlukan Kemahiran yang tinggi. Ketiga – tiga department ini saling bekerja secara dekat untuk mencapai hasil yang diinginkan para pengantin yang telah menempah.
Sesebuah majlis perkahwinan tidak lengkap tanpa catering yang menyediakan juadah enak pada hari majlis indah anda. Villa Busainna berkolaborasi bersama Noranom Catering untuk menyediakan makanan enak di Dewan Villa Busainna Hall. Dewan Villa Busainna menyediakan banyak menu majlis perkahwinan. Menu majlis nikah dan menu majlis kahwin sanding adalah menu yang berbeza. Villa Busainna akan beri cadangan kepada pelanggan yang sesuai mengikut selera tuan rumah. Sebagai contoh, Nasi Beriyani , Ayam Masak Merah, Rendang Daging Hitam Bertawi, Dalca Sayur, Papedom, Ulaman, Sambal, Buah buahan, minuman sejuk, minuman panas dan hidangan kuih muih. Untuk bakal pengantin yang berminat, bolehlah hubungi admin Villa Busainna di 014 7500 218.
Kepakaran sebenar Villa Busainna adalah dalam menghasilkan dekorasi dekorasi pelamin perkahwinan yang cantik dan indah mengikut bajet atau pakej perkahwinan yang ditempah. Idea dekorasi yang segar dan unik menjadi kegilaan para pengantin diluar sana. Para pengantin boleh merujuk kepada katalog pelamin Villa Busainna atau lebih segera boleh rujuk di Instagram, facebook dan Tiktok Villa Busainna. Team marketing Villa Busainna sentiasa mengemaskini koleksi pelamin dan majlis -majlis perkahwinan yang berlangsung setiap miggu di platform social media. Untuk bakal pengantin yang ternanti nanti melihat hasil karya agung terkini, bolehlah follow akaun Instagram – Villa Busainna. Terdapat banyak tema -tema perkahwinan yang telah kami hasilkan. Antara kesukaan tema oleh pegantin adalah Floral Garden Wedding, Fairytale Wedding, Malay Traditional Wedding, Classy White Wedding, Rustic dan macam macam lagi tau! Keunikan dekorasi oleh Villa Busainna adalah abstract painting backdrop, kami menghasilkan painting backdrop ini dengan hasil lukisan tangan pekerja Villa Busainna sendiri. Villa Busainna berani mencuba karya -karya yang membuatkan pengantin jatuh cinta dihari majlis ! Untuk merasai sendiri pengalaman majlis perkahwinan bersama Villa Busainna , hubungi kami sekarang – 014 7500 218 atau email ke – This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .
Dewan perkahwinan Villa Busainna juga mempunyai jurugambar perkahwinan yang cantik-cantik ! Anda boleh lihat gambar- gambar perkahwinan oleh jurugambar perkahwinan Villa Busainna di Instagram Villa Busainna ya ! Kami menawarkan harga yang murah dan berpatutan , penting di hari majlis nikah jurugambar yang efisien , mahir mengambil gambar dari angle tertentu dan mengejar masa menangkap setiap momen penting di majlis nikah mahupun majlis sanding. Tak lupa juga, gambar-gambar nikah dan sanding ini haruslah diserahkan kepada pelanggan pada tempoh masa yang ditetapkan , kebiasaannya sebulan selepas tarikh majlis. Tempoh sebulan adalah tempoh yang ideal supaya editor yang mengedit gambar mempunyai masa yang cukup untuk menghasilkan gambar majlis nikah dan gambar majlis sanding yang indah.
Bagi pengantin yang mempunyai bajet yang lebih dan tinggi, boleh juga mempertimbangkan untuk mengambil servis vendor juruvideo perkahwinan bagi merakam detik detik indah pernikahan dan persandingan anda. Mengikut peredaran zaman kini, juru video adalah termasuk didalam keperluan majlis perkahwinan dan menelan belanja kira-kira RM1,500 ke RM2,500. Berita baik pada bakal pengantin Villa Busainna , content creator dari Villa Busainna sendiri akan menghasilkan short video teaser untuk pelanggan-pelanggan kami disamping mempromosi servis kami , pengantin boleh enjoy juga cinematic video yang kami hasilkan! Anda boleh melihat detik indah nada pada hari yang sama , menarikkan ? Cepat booking pakej nikah sanding dan tarikh perkahwinan anda di Dewan Villa Busainna Nadayu 63 Melawati Kuala Lumpur di 014 7500 218 .
Hubungi kami sekarang – Admin Villa Busainna
014 7500 218
014 7500 218
014 7500 218
